Friday, 3 October 2014

hmm.. dah lama nya tak blog pasal tudung... tap tup dah 2014... dunia fesyen pun dah berubah.. hijab dah macam2 semua artis pun nak ada line hijab sendiri. Kalau kita tengok kan sebijik Negara matsaleh.. bila dah jadi artis popular selalunya ada line baju sendiri.. macam Justin Timberlake dgn William Rast, Jessica Simpson, Jay Z dan ramai lagi... semua power power kan..

Bila datang masa nak memilih peningnya.. banyak sangat.. psstttt.. takyah pening shopping jer kat Zaharah.com hehe

Hari hari makan nasi lemak pun jelak, sebab itu lah perubahan mesti ada.

Sama macam kami di Zaharah, trend berubah mengikut masa, mengikut permintaan pelanggan kami

Boleh juga beli borong, daftar akaun borong dah boleh beli borong... senang



ERA BARU

Buat masa ni Zaharah sedang melalui perubahan besar.. kami letak mendapat pertolongan dari bebrapa pihak dan telah berjaya memiliki permis yang sesuai bagi kami membesarkan perniagaan kami.

kami juga bakal memulakan kilang sendiri dan dgn itu dapat memberi pelanggan harga dan kualiti yang memuaskan..

Butik Zaharah juga akan di buka tetapi dalam bentuk showroom sahaja.. sebab ia lebih berfungsi sebagai kilang kami.

Insyallah...semua ini bakal kami bawakan untuk pelanggan pelanggan kami yang lama dan baru!

Wednesday, 7 March 2012

Cara paling senang untuk match kan tudung dgn baju

Biasanya... hitam lah warna idaman semua untuk tudung, asal warna hitam jer, semua orang nak. Senang nak match lah kan kan kan.. malas nak fikir panjang.. kalau baju pun, paling senang warna hitam lah, pakai tudung warna apa pun masuk! abeh camne dgn tudung tudung warna warna lain ni? Kesianlah sangat sangat.. takde orang nak beli warna warna indah macam merah hati harrrr... kuning maybank.. oiiiii!!! Seram tu! Abeh cantik jer akak pegawai tu pakai tudung! Cun semacam jer, warna kuning memancar tapi dia padankan dgn baju kuning plain, tudung nur kasih kuning, keliling bercorak hitam kuning... sweet betul! Lupa pulak nak snap satu gambar sebelum dia masuk kereta kancil dia drive keluar dari Maybank Setia Tropika!
Kenapa warna warna ceria ni semua tak ramai yang nak pakai? Cuma akak dan adik adik stylish jer yang pakai.. tak kepingin ke korang nak stylish cam dorang juga? Kalau tak hari hari, sekali sekali pun jadilah.. dari takde kan kan...
Setiap wanita dalam cara rahsia memang ada fobia atau memang takut dgn antara warna warna. Kita memang takut sangat sangat kalau kalau terguna salah cara, contoh kalau pakai warna oren tudung size XL tu, dah lah panjang, oren pula, silap hari bulan alih alih orang ingat monk mana lah yang lalu. Tapi kalau kita pakai warna oren ni dgn betul... fualamak! Cam model yang lompat keluar dari majalah NONA lah!
Sejak kecil, kita pun tengok mak kita atau makcik kita ke, sesiapa lah keliling kita ni pakai warna warna tudung, baju lah...macam saya juga duduk tercongok kat tepi pintu tengok makcik try try baju masa kecik kecik tu... hai best nyaaaa.. lepas tu biasalah kalau orang pompuan ni try try baju, banyak lah komennya kan.. isshh, terang nya, tak kenalah, nampak gemok lah...  dari situ kita pun belajar takut dgn warna warna.. dulu tengok advertisement "Merah sangat lah Mak Ngah, macam zaman dulu... kita pun seram nak pakai lipstick warna fire engine red! Cili Merah red ke.. takut cam zaman dulu!
Sebenarnya, kita semua boleh pakai warna apa saja, asal kan pandai memadankan nya!
Contoh

Cam tudung tudung ni yang di padankan dgn baju yang warnanya lebih cerah dari tudung. Contoh kalau baju warna light pink, kita pakai tudung dark pink dan baju light green, kita guna green. Tone nya tak sepatutnya lagi lebih dari dua atau tiga kali pekat untuk nampak sopan, anggun dan cantik macam bidadari. Sedap mata memandang.






 Kalau nak lebih vamp dan stylish, lain dari yang lain...

contohnya macam akak Siti kita ni, cantik lah sangat, memakai combinasi warna menarik, dia guna warna warna ceria seperti merah, biru dan mix kan dengan warna warna selamat seperti putih, cream, light brown... baru vamp!


Atau mungkin ANDA nak cara lagi satu, matchkan tudung bersama warna corak pada baju?



Ni cara paling senang, kalau pakai baju warna apa pun, asalkan coraknya atau batunya ada warna yang match dgn selendang plain atau tudung plain anda! SELEMAT! PASS!

Ok, buat masa ni kami guna gambar selebriti lah ya, insyallah selepas ni kami akan guna gambar kita kita semua! Insyallah!